Chocolate Ganache

Hi All,

It has been ages since I last wrote in this page of mine. Dah berabuk bersawang bagai. Sebenarnya this page adalah back up bagi blog asal saya dibawah tajuk yang sama. I update my blog regularly but malas back up.

Since this page dah tak berupdate, I honestly thought it will go unnoticed. This year saya kerap terima comment approval. Ia membuatkan saya kembali alert tentang kewujudan page ini.

Salah satu komen yang saya terima ada pembaca yang minta saya share resipi membuat chocolate ganache. Jarang sekali saya terima komen sebegini. I feel hnoured to share with you, Lizawati and other readers the recipe of chocolate ganache yang saya guna untuk menyalut kek coklat 5kg yang pernah saya buat untuk AB pada tahun 2008 dulu.

This recipe sangat berbeza dengan resipi ganache yang biasa digunakan ramai orang/pembuat kek. Teksturnya lebih lembut, manis sedikit dan memberi finishing yang berkilat.

147gm dark cooking chocolate
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

1. Cairkan cooking chocolate secara double boil. Panaskan air dalam periuk kecil dan letak bekas tahan panas atau mangkuk kaca yang mengandungi coklat diatasnya.

2. Coklat cair yang masih suam alih ke bekas lain, campurkan dengan telur dan kuning telur dan pukul sebata dengan hand mixer.

3. Tambahkan esen vanila. Coklat masih agak cair (runny). Jadi rehatkan sebentar hingga ia menjadi agak pekat tetapi masih mudah dituang ke atas kek.

Selalunya bila dah sejuk sikit saya cuma perlu tuang atas kek dan ratakan tepi-tepi kek dengan spatula. Kalau tekstur coklat cukup sempurna bahagian atas kek sebenarnya saya tak perlu ratakan pun sebab coklat akan bergerak sendiri ke tepi-tepi kek.

Nasihat saya gunakan telur yang telah dipastuer untuk choc ganache ini supaya dapat elakkan pencemaran baketria E.coli.
Satu adunan coklat di atas cukup untuk cover kek bersaiz 8in bulat. Kalau kek anda nipis lagilah banyak lebihan.

Ok selamat mencuba. Hope you like it!๐Ÿ˜‰

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Siri Bercakap Pasal Tonsil – Aiskrim & Dengkur

tonsils dikiri kanan uvulva- credit to cik google

Semalam dah cerita pasal tonsil. Tahun yang sudah pun cakap pasal tonsil. Tak apalah since tonsil ni dah jadi topik yang sangat signifikan sekarang bukan saja sebab anak saya both ada weak tonsils tapi sebab my cousin pun dah kena tonsil. Mari baca sampai habis. Oh ya, maaf gambar kali ini agak jelik, tapi itulah kenyataannya.

After allowing Yaya to rest at home for 2 days, this morning i sent her off to school. Cukuplah tu dia berehat di rumah, kalau lama-lama nanti jadi liat pula nak ke sekolah. Kijamnya mama dia. Semalam lepas bawa dia ke klinik, saya sumbatkan suppository seketul untuk redakan high fever dia. Dia ikut betul-betul pesanan saya sebelum saya pergi kerja semalam – mandi, sarapan, makan ubat demam & antibiotik, rehat, makan aiskrim. Ye, makan aiskrim termasuk dalam pesanan saya, janganlah terjegil biji mata pulak. Saya tau lah memang selama ini saya kurang galakkan anak-anak makan aiskrim but when it comes to tonsilitis hanya aiskrim saja yang boleh bantu mengecutkan bengkak tonsil. Tak percaya? Cubalah sendiri. Saya tak ada medical explanation about this, pergi tanya doktor anda, saya lupa nak tanya kat doktor saya dulu sebab bila dengar aiskrim je terus saya jadi seronok sampai lupa nak tanya. Yelah mana ada penyakit yang ubatnya sedap, manis, sejuk? Semuanya pahit kan? Dah dapat ubat yang manis, sedap dan sejuk lagi mau banyak tanya ke?

Secara kebetulan, my auntie yang duduk kat Penang pun ada text saya bertanyakan pasal penyakit tonsil ni. Rupa-rupanya anak bongsu dia, Aiman, 4 tahun yang juga merupakan sepupu saya – alahai sepupu lagi muda dari anak sendiri, cute nya. Itu belum cukup cute lagi, saya ada sepupu paling muda berusia 1 1/2 tahun! And they are my children’s mak sedara and pak sedara you know. Ok I got side tracked. Jadi saya pun kongsi lah tips yang sama kat auntie saya ni, bagilah makan aiskrim banyak-banyak biar bengkak tonsil cepat surut dan rajin-rajinlah gargle serta bersihkan mulut. Masalahnya tonsil Aiman dah terlalu besar bengkaknya sampai hampir bertemu kiri dan kanan menyebabkan dia rasa macam nak tercekik dan muntah. Tidur malam pulak berdengkur. Kalau dah sampai tahap berdengkur memang kronik, so doktor kat Penang suruh buang saja.

Kalutlah auntie saya ni bila dengar kena buang. Dia tanya saya, kalau buang boleh tumbuh balik ke? Saya rasa gelihati tapi nasib auntie saya sporting, saya gelak pun dia sama-sama gelak. For your information once dah remove tonsils yang sepasang tu memang tak ada tonsil lagilah dalam tekak kita. Tak timbul isu tumbuh balik, macam apendiks once removed forever gone lah. Kat tubuh badan kita ni yang tumbuh balik adalah gigi (itupun Allah swt bagi 2 kali saja), rambut, bulu-buluan, kulit dan kuku. Ada yang saya tertinggal ke? Tapi bila dah buang tonsil tu risikonya next time bakteria akan attack pharynx pulak sebab kat situ pun ada lymph nodes kan. Tapi kalau tak buang pun akan jadi masalah, jadi better get rid of it. Begitulah nasihat saya kat auntie saya semalam.

Bila bercakap dengan auntie saya pasal tonsil ni, ada sesuatu yang menarik perhatian saya yang saya boleh relate dengan pengalaman ex-officemate saya dulu. Based on description auntie semalam, antara kesan bengkak tonsil yang berlaku pada Aiman ialah dengkur. Saya tertarik sangat pada fakta ini sebab my ex-officemate pernah cakap yang hubby dia pun kena infection tonsil and it makes him berdengkur. Peliknya masa itu kawan saya ni beriya-iyalah sangka yang saya pun mesti tidur berdengkur jadi bila saya kata tidak (sorry eh, saya tidur tak berdengkur, orang sebelah iye kot? ;-P) dia terkejut sakan. Semestinya ke orang ada tonsil berdengkur? Saya tidak. My daughter juga tidak. Tetapiiiii… anak lelaki saya yang ada tonsilitis itu………. tidur berdengkurrrrrr. Hahhh ini menarik ni. Adakah hanya lelaki yang ada tonsilitis sahaja berdengkur? Simpan untuk research seterusnya ye. Research lah sangat padahal pakai cik google.

Back to Yaya punya cerita. Pagi tadi saya text teacher yaya, pesanan saya panjang berjela – kurangkan aktiviti sebab saya tak mau dia cepat letih. Saya pesan sebegitu sebab saya tahu sekarang ni kat sekolah tengah berlatih nyanyian dan joget untuk persembahan malam penutup aidilfitri anjuran persatuan penduduk perumahan saya ni. Anak dara saya terpilih lah sebab dia kan memang naturally a singer and dancer (marah daddy dia kalau saya cakap macam ni). Bukanlah sedap sangat suara halus pitch nyaring dia tu tapi dah minat dia kan dan dia pun tak tegak macam patung, ada lenggoknya so tentulah teacher pilih supaya nampak hidup persembahan berkumpulan tu nanti. Bila saya call rumah tengahari tadi just to check on yaya, rupa-rupanya betullah teacher dia pun ikut pesanan saya sebab yaya kata dia cuma berlatih sekejap-sekejap saja, asyik disuruh berehat.

Cakap pasal persembahan malam penutup aidilfitri nanti saya pun ada assignment khas untuk malam itu. Bukanlah nak buat persembahan pun, belum cukup gedik lagi saya nak menyanyi berjoget depan orang ramai. Tapi since organiser buka peluang untuk penduduk contribute makanan jadi hubby cadangkan kami contribute cupcakes jelah. It will be a good platform juga untuk promote our cakes. Punyalah excited nak bake cupcakes beratus-ratus biji – yelah kalau setakat 30 biji manalah cukup kan, sampai saya tolak tempahan another group yang nak bagi kek juga for the event. Tahun lepas this group tempah giant cake yang 3kg tapi turn out dekat 5kg tu. Sebelum itu, sekolah Fahmi pun minta contribute food untuk jamuan raya esok kat sekolah. I’ll be making lasagna for his school. Ofis saya juga buat jamuan raya esok. Tukang masak diraja penat sebab jadualnya dah bersusun, jadi she’ll be making kuah kacang dan rebus ketupat segera aja. Lemang beli jelah.

Dah cukuplah 7 perenggan karangan malam ini. Zaman sekolah dulu nak mengarang 180 perkataan pun payah nak dapat idea.

Posted in ramblings, tonsil | Tinggalkan komen

Siri Bercakap Pasal Tonsil – Akibat Malas Gosok Gigi

My daughter is sick again. I don’t have a thermometer with me last night but her body temperature was high. Itupun selepas dia minum paracemtamol syrup sebelum tidur dan I put wet towel on her forehead serta lightly sponge her body. To tell you the truth, saya rasa sedikit frust dan banyak risau sebab dia demam hampir setiap bulan. I can tell without looking at the calendar ataupun counting how many visit to the clinic sebab sekali dalam setiap bulan I’ll be texting her teacher informing her that Yaya won’t be going to school. Terlalu kerap dia tak ke sekolah sebab sakit sampai saya boleh memorise. Terlalu kerap dia demam sampai attendance dia kat sekolah tak pernah penuh for any month since she started school!

Kalau dibandingkan dengan zaman dia tak bersekolah dulu memang jauh berbeza. Sakit demam tu memang ada tapi tidak sekerap sekarang. Tak taulah nak kata maybe antibodi dia tak cukup kuat atau maybe deman itu disebabkan her body is reacting dengan persekitaran to build up her antibody. Tapi demam dia kali ini adalah disebabkan infection pada tonsil, again. You know seminggu lepas raya ritu tonsil dia kena infection juga? Yes, dalam tempoh selang sebulan tonsil dia infected lagi, hence the fever. Kesian dia sudahlah badan kurus kering asyik sakit aja. Ni semua sakit keturunan ke apa? Yelah, myself dulu pun kena jangkitan tonsil sejak kecil juga sampai ada masanya berminggu-minggu tak ke sekolah. Sehinggalah saya dah beranak pinak finally saya remove juga kedua-dua tonsil saya sebab ia telah gagal menjalankan fungsi nya dengan baik!

Kesian anak saya kecil-kecil dah kerap demam sebab tonsil. Tapi tulah akibatnya kalau malas gosok gigi dan gargle setiap kali lepas makan. All the germs akan melekat dalam mulut and finally singgah kat tonsil. Dah penat saya tegur dan marah tapi dia buat tak kisah. Saya yang sejak kecil rajin gosok gigi pagi dan malam pun boleh kena jangkitan kuman pada tonsil. Inikan pula orang yang tak gosok gigi or gargle langsung. Aduhai macam mana lagi nak cultivate good habit ni? Padahal tiap-tiap malam dia tengok saya gosok gigi. Agaknya nak kena buat sesi menggosok gigi bersama keluarga setiap pagi dan malam baru menjadi :-E

Posted in ramblings, tonsil | Tinggalkan komen

Segalanya Tulang

Selesai lah sudah tugas tukang masak diraja menyediakan banquet untuk majlis ulangtahun si ismet ulam raja. Tukang masak happy sangat sebab walaupun penat nak patah pinggang memasak sampai lewat malam pada Jumaat lepas kemudian bersambung keesokan paginya dengan hanya dibantu oleh maidnya yang baru 10% dapat serap ilmu masak2 tukang masak diraja, dia tetap puas hati sebab minuman istimewa jus lemonade yang dihidangkan mendapat pujian ramai! Cissss… penat-penat bersengkang mata menyediakan 3 jenis menu utama yang berasaskan tulang, 1 menu sampingan berserta dessert, lemonade yang siap dalam 10minit itu juga menjadi pooojaan hati tetamu.

Tukang masak tak sempat nak ambil gambar hidangan di meja buffet sebab seawal jam 11.30 pagi lagi dewan makan (read: car porch) diserang geng-geng basikal incik suami padahal meja buffet belum siap disusun. Mujur tukang masak diraja cekap, sudah siap cooking and baking bagai tepat jam 10.30pagi cuma tak setting table saja. Siapa suruh diaorang habiskan kayuhan awal. Tak sabar-sabar lah tu tapi kesian juga saya lihat mereka. Memang muka kebulur air dan food! Tapi untung sungguh mereka-mereka itu jadi tetamu paling awal sebab tetamu yang kemudian dah tak sempat merasa kari laksa lemak dengan udang besar, rendang rusa serta dessert strawberry dan blueberry crumble yang nyata ramai tak jumpa kat rumah lain.

Eh, cakap menu utama berasaskan tulang kan? Ye, itu idea incik hubby, credit to him for his brilliant idea. Tukang masak diraja umpama berada dalam pertarungan Iron Chef kerana diberi bahan utama tulang lembu semata-mata – tulang rusuk, tulang lutut dan tulang bahagian lain yang tukang masak kenal cuma tulang rusuk dan lutut sahaja. Jadi dengan bahan utamanya tulang lembu tukang masak olah menjadi mee rebus tulang dan sup tulang yang dimakan bersama bihun ataupun nasi impit – bila lengkap dengan condimentsnya i.e. pergedil kentang, sambal kicap jadilah soto nasi. Bahan sekunder yang dicadangkan oleh incik hubby adalah mee iaitu mee kuning dan bihun. Maka selain mee rebus dan bihun sup tukang masak tambah lagi satu menu utama yang tidak menggunakan tulang iaitu kari laksa lemak hidupan laut (seafood lah tu) yang sedap sungguh dimakan dengan bihun sampaikan Mum yang tak heran sangat masakan si tukang masak before this telah berjaya ditangkap mengulang makan sebanyak 3 kali! Walaupun masa tertangkap itu beliau kata baru nak makan kali ke 2. Ok, tak apa mungkin tukang masak sudah pening tersalah kira (sebenarnya tidak), tapi malam lepas tetamu reda Mum yang sedang mengusung bowl berisi bihun membebel sebab tukang masak buang saki baki kuah kari laksa itu. Ooopss sorry…๐Ÿ˜‰

Baiklah, saya dah nak tutup entry so let’s not talk in riddles anymore. Sebenarnya tukang masak dalam cerita ini obviously adalah … saya. Ulangtahun si ismet ulam raja yang diwar-warkan sejak entry sebelum ini … juga adalah… saya. Majlis yang mana tukang masak menyediakan hidangan utama berasaskan tulang, obviously … bukanlah majlis sambutan ulangtahun saya. Kerana sungguh sadis jika saya perlu memasak for my own birthday party kan kan kan? Sengaja saya mewar-warkan cerita ulangtahun ismet ulam raja untuk sedapkan hati sendiri saja. Majlis pada tengahari Sabtu lepas adalah khusus untuk meraikan geng-geng basssssikal incik hubby seramai 20-25orang tetapi seperti biasa telah blown out of porpotion kerana tidak manis tak menjemput jiran-jiran yang sudah tentu hidung mereka di entice bau-bau masakan sejak malam sebelumnya lagi. Juga ma abah dan adik beradik saya yang telah saya entice dengan cerita rendang rusa menerusi kiriman sms sehingga kakak saya sanggup tinggalkan jamuan hari raya di pejabatnya dan ma juga lari dari tugasan memasak untuk jamuan hari raya rukun tetangga kerana saya telah berjaya menggunakan fahmi sebagai alasan to lure her. Owhh jahat sungguh saya mengeksploitasi kelemahan mereka!

Hanya gambar ini sahaja yang sempat saya snap. Ramai yang pelik barangkali baru kali pertama jumpa blueberry dan strawberry crumble tetapi ke ‘pelik’ kan itu tidak menghalang mereka melicinkan dessert plate saya serta tanpa segan silunya minta ditambah. Mujur saya buat 3 batches. Crumbles yang di dalam gambar ini sahaja dapat saya selamatkan.


Lemonade sejuk thirst quencher kegemaran kami sekeluarga kini menjadi sebutan jiran-jiran setaman. Kawan-kawan hubby sudah tahu kat mana nak lepak kalau mereka mahukan segelas freshly squeeze lemonade! Kembang serombong hubby kerana dia yang meminjamkan tangannya untuk memerah jus lemon.

Penat lelah si tukang masak berbaloi juga kerana mee rebus tulangnya mendapat pujian bekas chef turned an avid cycler merangkap tokey kedai basikal yang juga kawan incik hubby. Kembang juga hati mendengar pujian chef setelah cik lemonade sejuk stole the glam of the majlis tempohari.

Posted in makan-makan, parties, raya | Tinggalkan komen

Tukang Masak DiRaja Dalam Mode Sibuk

Tukang masak di raja dalam mode sibuk sekarang. Sibuk mengatur majlis ulang
tahun si ismet ulam raja. Jadi organise event, juga ketua chef merangkap tukang masak di raja – nak masak kari laksa lemak, mee rebus, sup tulang dan rendang rusa, ketua bahagian serving dan dekorasi – nak susun atur meja buffet, hias rumah, gubah bunga! dan tukang pegang master checklist. Sungguh gila kuasa! Jadi hati-hati ye, baik jangan dekat dengan beliau buat sementara waktu dan jangan tanya soalan banyak-banyak bila dia sedang bekerja. Tukang masak di raja ini is known for her hot temper terutama bila dah penat.

Posted in ramblings | Tinggalkan komen

A Birthday Card For The Loner

I’m a loner. Saya tak suka ber ‘clique’ atau ada geng, saya boleh kawan dengan sesiapa saja yang ikhlas. Di office saya juga a loner kerana orang susah nak membezakan diri saya dalam waktu kerja dengan personaliti saya yang sebenar. Saya juga seorang superior yang tak boleh diharap, read kalau kamu fikir kamu boleh bodek saya, kipas saya supaya boleh naik gaji atau dapat payung dan kebal daripada tindakan disiplin, kamu silap. Saya kalis bodek. Jadi tak mengapalah kalau kamu tak ingat saya waktu makan, tak bancuh air untuk saya, tak utamakan saya dalam majlis sebab saya pun tak suka kamu buat begitu. Saya terlalu strict dan uptight. Kadangkala kerana tanggungjawab kerja saya terpaksa buat benda-benda yang kamu tak suka. Saya ada satu rahsia, saya juga tak suka. Saya harap kamu faham sebab kita semua ada tanggungjawab masing-masing. Jadi saya rasa tersinggung bila segelintir kamu membenci saya semata-mata kerana kerja yang saya buat. Maaf, tapi tiada maaf, i got to do what i got to do. No hard feelings okay. So tak mengapalah, after years saya sudah terbiasa dengan statistik lebih ramai orang benci saya berbanding yang senang dengan saya. It’s ok, i survive being a loner.

Jadi, semalam bila saya diberikan satu sampul coklat bersaiz besar oleh seseorang sebaik sahaja waktu kerja rasmi tamat, saya terpana. Sampul surat coklat biasa digunakan dalam urusan rasmi sahaja tapi saiznya sungguh pelik dengan tulisan yang sangat tak rasmi.

nama yours truly kena rahsiakan (macam lah orang tak tau)

Saya sudah sense something. Lalu saya membuka sampul surat itu dihadapan pemberi. Sekali lagi saya terpana melihat kad ucapan, speechless saya terduduk di kerusi tapi tidak sampai tahap terhenyak (itu effect orang sakit jantung, saya tidak).

Saya tidak berani nak angkat muka sebab saya segan si pemberi melihat air muka saya yang sangatlah menggambarkan perasaan bercampur baur – terkejut, terharu. Bila saya buka kad itu, melihat kandungannya saya bertambah speechless, sangat -sangat tersentuh.

To think orang-orang yang turunkan tandatangan serta punya masa untuk karang ucapan ringkas ini adalah orang-orang yang tak berani mendekati saya, even ada yang pernah terkena tempias beban tanggungjawab yang saya pegang, masih sudi memberi kad ini kepada saya.

To think that after all these years tarikh 29.9 itu come and go begitu sahaja tiada siapa yang peduli (tapi ada juga seorang dua). Tidak, saya tidak pernah minta atau harbours hope orang akan buat sebarang keraian di office semata-mata kerana hari lahir saya. Kerana bila hari lahir orang yang berempat lagi dirai sedang saya cuma lihat sahaja, saya cukup faham apa maksudnya, ye saya tahu di mana saya dalam hati atau minda mereka. Tiada. Selama ini saya bersyukur kerana tiada sesiapa sibuk-sibuk nak celebrate birthday saya, kerana sesungguhnya saya malu dan tidak suka menonjolkan diri. Terima kasih kerana memahami.

Jadi maaf jika tiba-tiba saya tertanya-tanya kenapa kini? Terutama bila saya sudah berkerat rotan berpatah arang di sini (bukan kerana kamu tak pedulikan saya)? Kenapa hati saya disentuh sebegini saat ini? Jadi kamu faham kan kenapa saya tak mahu angkat muka semalam. Kerana the emotion yang tergambar pada wajah saya semalam bukanlah kegembiraan, tetapi terharu, touched, keliru dan kesal. Ye, kesal kerana di saat saya merasakan saya telah hampir menamatkan pusingan akhir saya di sini, di saat saya merasakan saya boleh exit tanpa rasa any bond, saya gagal juga. Saya tak sangka, kamu telah berjaya menyentuh hati saya. Terima kasih, sekurang-kurangnya saya ada memento comel yang boleh buat saya tersenyum in the future.

Posted in ramblings | Tinggalkan komen

299…

is my favourite number. I even had them at the back of my matriks number masa kat U dulu, 65299 kombinasi yang menarik dan catchy. Saya suka nombor ini kerana it represents my birthdate๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

sejambak madonna lilies dari anak-anak. Yang tukang beli tentulah daddy mereka. Yang lucunya anak-anak tak mengaku bunga tu dari mereka because they know nuts about the bouquet.

Today i’m a year older read wiser than last year. so what? I stop counting my age when i reached 29. On a serious note, macam ‘roda di atas bas’ (wheelsondbus) i have gone through a lot. Saya rasa roda saya been spinning a lot faster berbanding my friends kerana saya lebih awal mendirikan masjid. Marriage has certainly played an important role in shaping me into what I am today. Barangkali memang sudah tertulis di loh mahfuz, roda saya berputar terlalu pantas sehingga pada satu masa saya rasa ia telah melonjakkan saya pada satu tempat terlalu tinggi dalam usia terlalu mentah. Tapi saya juga tahu, roda saya akan berputar ke bawah dengan pantas sebagaimana ia pernah melonjakkan saya. Sebab itu ada masanya saya rasa diri terlalu tua berbanding usia. Saya cuma berharap saya diberi kekuatan untuk hadapi apa jua situasi. InsyaAllah…

Birthday girl menjamu selera dengan sepinggan spaghetti yang dimakan dengan lamb stew rich in tomato sauce. Berselera sekali makan hidangan air tangan sendiri sampai bertambah. Tak mengapalah kena masak sendiri sebab orang lain dalam rumah ini hanya tahu makan saja, janji masakan saya sedap. Pujuk hati sendiri lah tu.

Posted in birthdays, ramblings | Tinggalkan komen