18 Ramadhan 1431H – Nasi Gemuk & Kari Kambing

apa pulak lah nasi gemuk ni ye? macam gempak je nama nasi ni. tapi nama sopan dia yang sebenarnya adalah nasi mentega. saya nampak panjang muncung ‘oooo’ kat bibir puan-puan ;-). ada sejarah disebalik pemberian nama nasi gemuk ni yang berhubung kait dengan cerita saya di zaman U dulu. sebelum bercerita saya minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa, saya sekadar berkongsi koleksi anekdot dalam ruang lingkup keluarga saya.

nasi gemuk @ nasi mentega yang saya buat ni mudah aja, anda cuma perlu masak nasi seperti biasa. kemudian di dalam frying pan panaskan 2 sudu mentega dengan crushed garlic disertai secubit garam. bila dah cair dan garlic pun dah agak layu, gaulkan adunan mentega pada nasi. maka terhasillah nasi mentega versi saya.

versi asal saya kutip daripada kisah seorang teman di U dulu. mulut saya yang agak celupar sedikit di zaman muda mudi tanpa segan silu bertanya kepada dia macam mana badan dia boleh jadi montel sebegitu sedangkan adik beradiknya yang lain bersaiz biasa saja. lalu dia yang faham dengan keceluparan mulut saya tanpa rasa tersinggung menceritakan bagaimana masa dia kecil dulu, mak dia selalu buatkan nasi yang digaul planta untuknya. dipercayai nasi planta tersebut telah menyumbang kepada tumbesaran bagai johan terhadap batang tubuhnya.

dan saya, yang so desperate nak melihat anak dara saya si yaya ni berisi sedikit badannya, telah mengambil inspirasi daripada nasi planta yang dibuat oleh mak teman saya dengan mengubah sedikit menjadi nasi mentega. pada hari saya mula memperkenalkan nasi mentega ini kepada hubby dan anak-anak, saya berterus terang kepada mereka tentang kemungkinan kesan yang akan diperolehi hasil kekerapan memakan nasi mentega ini. iaitu wujudnya kemungkinan mereka menjadi montel, itupun jika benar telahan teman saya dulu. sejak itu, nasi mentega lebih popular sebagai nasi gemuk – for yaya’s benefit ia digelar sedemikian.

hahaha, begitulah cerita si penglipur lara. dah puas bercerita, marilah tengok gambar hidangan iftar saya semalam.
kari lamb campur mutton ala mamak

saya tak makan dengan nasi gemuk. i had the lamb curry with roti naan instead.

gambar nasi gemuk tiada di sini. sila buat sendiri ye 🙂

Advertisements
This entry was posted in lauk pauk, ramadhan, roti. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s