20 Ramadhan 1431H – Semai Hari Ini Petik Di Akhirat

sudah 20 hari kita berpuasa. staying awake longer hours than usual has finally taken its toll on fahmi and yaya. mereka berdua sudah semakin liat bangun sahur. awal pagi semalam rasa kesian dan lucu bercampur baur melihat anak-anak saya bersahur dengan mata terpejam rapat. mereka kepenatan, sebab banyak aktiviti di siang hari tanpa makan dan minum, waktu malam ikut ke surau berterawih dan tidur lewat. jadi penat berkumpul sedikit demi sedikit, bila hari berganti hari meninggalkan kesan juga pada tubuh kita. saya sendiri pun cepat mengantuk sekarang.

cuma tinggal 9 hari saja lagi kita berpuasa. cepatnya masa berlalu, banyaknya masa yang telah saya bazirkan. belum dapat ambil kesempatan melipatgandakan ibadah sepuasnya lagi, masih sibuk dengan hal-hal lagho. bila difikirkan terasa macam nak gantung apron dan seal oven 100% di bulan puasa ini, lebih-lebih lagi bila dah tiba ke 10 malam terakhir. tapi kalau saya buat sombong tolak order saya bimbang rezeki makin liat. bila dah fikir sampai ke situ, saya cepat-cepat ingatkan diri, sekarang saya takut kering duit ringgit yang nampak dengan mata kasar tapi saya lupa untuk takut kering dengan pahala yang akan dikutip sebagai bekalan di akhirat nanti jika saya kurang lipatgandakan ibadat.

kalau cakap pasal nak kumpul duit, bulan puasa ni banyak peluang untuk kumpul duit dengan berniaga. yelah, kalau kat negara kita bulan puasa ni rata-rata orang lebih banyak berbelanja. agaknya kalau tengok statistik tentu terkeluar biji mata. jadi peluang berniaga dan kumpul duit sangat lah luas. Lebih-lebih lagi di penghujung ramadhan, lagi dekat nak raya lagi sakan orang bershopping, lagi ligatlah peniaga semusim bekerja. saya dengar ada yang buka gerai di bazar ramadhan sampai jam 4 pagi. hebatnya orang kita bershopping, tak reti tidur ke? atau bajet masa terus bersahur aja.

teringat juga komen seseorang tempohari, kita semua sedar beribadat pada 10malam terakhir ganjaran pahalanya bersamaan dengan beribadat 1000 bulan. lumayan bukan? jadi rugilah orang-orang yang sibuk berniaga tak dapat kejar pahala qiamulail, terawih dan lain-lain. secara berjenaka juga dia berkata, kalau berniaga 10 malam terakhir sampai ke subuh bersamaanlah dengan kita berniaga 1000 bulan. wow penat 1000 bulan dimampatkan dalam 10 malam? penat sungguh.

i was thinking more in the line of ‘berniaga 10 malam terakhir, pendapatannya sama lumayan dengan hasil berniaga 1000 bulan!’. wow! tinggi sungguh elemen motivasi dalam statement ini. nak counter balik komen seseorang secara bergurau tu, saya rasa kalau kita bersikap tamak (ini tamak yang baik) sedikit dalam bulan ramadhan ini saya tak nampak halangan kenapa sambil berniaga tak boleh ambil peluang lipatgandakan pahala. berterawih misalnya, tidak semestinya di surau atau secara berjemaah sahaja. sambil menjaga kedai bergilir-gilir lah untuk perform terawih bersendirian. insyaAllah, $$$ dapat, pahala pun dapat. jadi tak ada siapa yang rugi ;-).


hari ini saya masak simple for iftar. kerutuk ayam yang boleh dimakan dengan nasi gemuk atau roti naan, again. tapi tak lengkap kalau tak ada sayur, seringkas-ringkas sayur adalah brokoli, lobak merah dan cauliflower goreng.

Advertisements
This entry was posted in Islam, lauk pauk, nasi, ramadhan, roti. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s