Segalanya Tulang

Selesai lah sudah tugas tukang masak diraja menyediakan banquet untuk majlis ulangtahun si ismet ulam raja. Tukang masak happy sangat sebab walaupun penat nak patah pinggang memasak sampai lewat malam pada Jumaat lepas kemudian bersambung keesokan paginya dengan hanya dibantu oleh maidnya yang baru 10% dapat serap ilmu masak2 tukang masak diraja, dia tetap puas hati sebab minuman istimewa jus lemonade yang dihidangkan mendapat pujian ramai! Cissss… penat-penat bersengkang mata menyediakan 3 jenis menu utama yang berasaskan tulang, 1 menu sampingan berserta dessert, lemonade yang siap dalam 10minit itu juga menjadi pooojaan hati tetamu.

Tukang masak tak sempat nak ambil gambar hidangan di meja buffet sebab seawal jam 11.30 pagi lagi dewan makan (read: car porch) diserang geng-geng basikal incik suami padahal meja buffet belum siap disusun. Mujur tukang masak diraja cekap, sudah siap cooking and baking bagai tepat jam 10.30pagi cuma tak setting table saja. Siapa suruh diaorang habiskan kayuhan awal. Tak sabar-sabar lah tu tapi kesian juga saya lihat mereka. Memang muka kebulur air dan food! Tapi untung sungguh mereka-mereka itu jadi tetamu paling awal sebab tetamu yang kemudian dah tak sempat merasa kari laksa lemak dengan udang besar, rendang rusa serta dessert strawberry dan blueberry crumble yang nyata ramai tak jumpa kat rumah lain.

Eh, cakap menu utama berasaskan tulang kan? Ye, itu idea incik hubby, credit to him for his brilliant idea. Tukang masak diraja umpama berada dalam pertarungan Iron Chef kerana diberi bahan utama tulang lembu semata-mata – tulang rusuk, tulang lutut dan tulang bahagian lain yang tukang masak kenal cuma tulang rusuk dan lutut sahaja. Jadi dengan bahan utamanya tulang lembu tukang masak olah menjadi mee rebus tulang dan sup tulang yang dimakan bersama bihun ataupun nasi impit – bila lengkap dengan condimentsnya i.e. pergedil kentang, sambal kicap jadilah soto nasi. Bahan sekunder yang dicadangkan oleh incik hubby adalah mee iaitu mee kuning dan bihun. Maka selain mee rebus dan bihun sup tukang masak tambah lagi satu menu utama yang tidak menggunakan tulang iaitu kari laksa lemak hidupan laut (seafood lah tu) yang sedap sungguh dimakan dengan bihun sampaikan Mum yang tak heran sangat masakan si tukang masak before this telah berjaya ditangkap mengulang makan sebanyak 3 kali! Walaupun masa tertangkap itu beliau kata baru nak makan kali ke 2. Ok, tak apa mungkin tukang masak sudah pening tersalah kira (sebenarnya tidak), tapi malam lepas tetamu reda Mum yang sedang mengusung bowl berisi bihun membebel sebab tukang masak buang saki baki kuah kari laksa itu. Ooopss sorry… 😉

Baiklah, saya dah nak tutup entry so let’s not talk in riddles anymore. Sebenarnya tukang masak dalam cerita ini obviously adalah … saya. Ulangtahun si ismet ulam raja yang diwar-warkan sejak entry sebelum ini … juga adalah… saya. Majlis yang mana tukang masak menyediakan hidangan utama berasaskan tulang, obviously … bukanlah majlis sambutan ulangtahun saya. Kerana sungguh sadis jika saya perlu memasak for my own birthday party kan kan kan? Sengaja saya mewar-warkan cerita ulangtahun ismet ulam raja untuk sedapkan hati sendiri saja. Majlis pada tengahari Sabtu lepas adalah khusus untuk meraikan geng-geng basssssikal incik hubby seramai 20-25orang tetapi seperti biasa telah blown out of porpotion kerana tidak manis tak menjemput jiran-jiran yang sudah tentu hidung mereka di entice bau-bau masakan sejak malam sebelumnya lagi. Juga ma abah dan adik beradik saya yang telah saya entice dengan cerita rendang rusa menerusi kiriman sms sehingga kakak saya sanggup tinggalkan jamuan hari raya di pejabatnya dan ma juga lari dari tugasan memasak untuk jamuan hari raya rukun tetangga kerana saya telah berjaya menggunakan fahmi sebagai alasan to lure her. Owhh jahat sungguh saya mengeksploitasi kelemahan mereka!

Hanya gambar ini sahaja yang sempat saya snap. Ramai yang pelik barangkali baru kali pertama jumpa blueberry dan strawberry crumble tetapi ke ‘pelik’ kan itu tidak menghalang mereka melicinkan dessert plate saya serta tanpa segan silunya minta ditambah. Mujur saya buat 3 batches. Crumbles yang di dalam gambar ini sahaja dapat saya selamatkan.


Lemonade sejuk thirst quencher kegemaran kami sekeluarga kini menjadi sebutan jiran-jiran setaman. Kawan-kawan hubby sudah tahu kat mana nak lepak kalau mereka mahukan segelas freshly squeeze lemonade! Kembang serombong hubby kerana dia yang meminjamkan tangannya untuk memerah jus lemon.

Penat lelah si tukang masak berbaloi juga kerana mee rebus tulangnya mendapat pujian bekas chef turned an avid cycler merangkap tokey kedai basikal yang juga kawan incik hubby. Kembang juga hati mendengar pujian chef setelah cik lemonade sejuk stole the glam of the majlis tempohari.

Advertisements
This entry was posted in makan-makan, parties, raya. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s