Siri Bercakap Pasal Tonsil – Aiskrim & Dengkur

tonsils dikiri kanan uvulva- credit to cik google

Semalam dah cerita pasal tonsil. Tahun yang sudah pun cakap pasal tonsil. Tak apalah since tonsil ni dah jadi topik yang sangat signifikan sekarang bukan saja sebab anak saya both ada weak tonsils tapi sebab my cousin pun dah kena tonsil. Mari baca sampai habis. Oh ya, maaf gambar kali ini agak jelik, tapi itulah kenyataannya.

After allowing Yaya to rest at home for 2 days, this morning i sent her off to school. Cukuplah tu dia berehat di rumah, kalau lama-lama nanti jadi liat pula nak ke sekolah. Kijamnya mama dia. Semalam lepas bawa dia ke klinik, saya sumbatkan suppository seketul untuk redakan high fever dia. Dia ikut betul-betul pesanan saya sebelum saya pergi kerja semalam – mandi, sarapan, makan ubat demam & antibiotik, rehat, makan aiskrim. Ye, makan aiskrim termasuk dalam pesanan saya, janganlah terjegil biji mata pulak. Saya tau lah memang selama ini saya kurang galakkan anak-anak makan aiskrim but when it comes to tonsilitis hanya aiskrim saja yang boleh bantu mengecutkan bengkak tonsil. Tak percaya? Cubalah sendiri. Saya tak ada medical explanation about this, pergi tanya doktor anda, saya lupa nak tanya kat doktor saya dulu sebab bila dengar aiskrim je terus saya jadi seronok sampai lupa nak tanya. Yelah mana ada penyakit yang ubatnya sedap, manis, sejuk? Semuanya pahit kan? Dah dapat ubat yang manis, sedap dan sejuk lagi mau banyak tanya ke?

Secara kebetulan, my auntie yang duduk kat Penang pun ada text saya bertanyakan pasal penyakit tonsil ni. Rupa-rupanya anak bongsu dia, Aiman, 4 tahun yang juga merupakan sepupu saya – alahai sepupu lagi muda dari anak sendiri, cute nya. Itu belum cukup cute lagi, saya ada sepupu paling muda berusia 1 1/2 tahun! And they are my children’s mak sedara and pak sedara you know. Ok I got side tracked. Jadi saya pun kongsi lah tips yang sama kat auntie saya ni, bagilah makan aiskrim banyak-banyak biar bengkak tonsil cepat surut dan rajin-rajinlah gargle serta bersihkan mulut. Masalahnya tonsil Aiman dah terlalu besar bengkaknya sampai hampir bertemu kiri dan kanan menyebabkan dia rasa macam nak tercekik dan muntah. Tidur malam pulak berdengkur. Kalau dah sampai tahap berdengkur memang kronik, so doktor kat Penang suruh buang saja.

Kalutlah auntie saya ni bila dengar kena buang. Dia tanya saya, kalau buang boleh tumbuh balik ke? Saya rasa gelihati tapi nasib auntie saya sporting, saya gelak pun dia sama-sama gelak. For your information once dah remove tonsils yang sepasang tu memang tak ada tonsil lagilah dalam tekak kita. Tak timbul isu tumbuh balik, macam apendiks once removed forever gone lah. Kat tubuh badan kita ni yang tumbuh balik adalah gigi (itupun Allah swt bagi 2 kali saja), rambut, bulu-buluan, kulit dan kuku. Ada yang saya tertinggal ke? Tapi bila dah buang tonsil tu risikonya next time bakteria akan attack pharynx pulak sebab kat situ pun ada lymph nodes kan. Tapi kalau tak buang pun akan jadi masalah, jadi better get rid of it. Begitulah nasihat saya kat auntie saya semalam.

Bila bercakap dengan auntie saya pasal tonsil ni, ada sesuatu yang menarik perhatian saya yang saya boleh relate dengan pengalaman ex-officemate saya dulu. Based on description auntie semalam, antara kesan bengkak tonsil yang berlaku pada Aiman ialah dengkur. Saya tertarik sangat pada fakta ini sebab my ex-officemate pernah cakap yang hubby dia pun kena infection tonsil and it makes him berdengkur. Peliknya masa itu kawan saya ni beriya-iyalah sangka yang saya pun mesti tidur berdengkur jadi bila saya kata tidak (sorry eh, saya tidur tak berdengkur, orang sebelah iye kot? ;-P) dia terkejut sakan. Semestinya ke orang ada tonsil berdengkur? Saya tidak. My daughter juga tidak. Tetapiiiii… anak lelaki saya yang ada tonsilitis itu………. tidur berdengkurrrrrr. Hahhh ini menarik ni. Adakah hanya lelaki yang ada tonsilitis sahaja berdengkur? Simpan untuk research seterusnya ye. Research lah sangat padahal pakai cik google.

Back to Yaya punya cerita. Pagi tadi saya text teacher yaya, pesanan saya panjang berjela – kurangkan aktiviti sebab saya tak mau dia cepat letih. Saya pesan sebegitu sebab saya tahu sekarang ni kat sekolah tengah berlatih nyanyian dan joget untuk persembahan malam penutup aidilfitri anjuran persatuan penduduk perumahan saya ni. Anak dara saya terpilih lah sebab dia kan memang naturally a singer and dancer (marah daddy dia kalau saya cakap macam ni). Bukanlah sedap sangat suara halus pitch nyaring dia tu tapi dah minat dia kan dan dia pun tak tegak macam patung, ada lenggoknya so tentulah teacher pilih supaya nampak hidup persembahan berkumpulan tu nanti. Bila saya call rumah tengahari tadi just to check on yaya, rupa-rupanya betullah teacher dia pun ikut pesanan saya sebab yaya kata dia cuma berlatih sekejap-sekejap saja, asyik disuruh berehat.

Cakap pasal persembahan malam penutup aidilfitri nanti saya pun ada assignment khas untuk malam itu. Bukanlah nak buat persembahan pun, belum cukup gedik lagi saya nak menyanyi berjoget depan orang ramai. Tapi since organiser buka peluang untuk penduduk contribute makanan jadi hubby cadangkan kami contribute cupcakes jelah. It will be a good platform juga untuk promote our cakes. Punyalah excited nak bake cupcakes beratus-ratus biji – yelah kalau setakat 30 biji manalah cukup kan, sampai saya tolak tempahan another group yang nak bagi kek juga for the event. Tahun lepas this group tempah giant cake yang 3kg tapi turn out dekat 5kg tu. Sebelum itu, sekolah Fahmi pun minta contribute food untuk jamuan raya esok kat sekolah. I’ll be making lasagna for his school. Ofis saya juga buat jamuan raya esok. Tukang masak diraja penat sebab jadualnya dah bersusun, jadi she’ll be making kuah kacang dan rebus ketupat segera aja. Lemang beli jelah.

Dah cukuplah 7 perenggan karangan malam ini. Zaman sekolah dulu nak mengarang 180 perkataan pun payah nak dapat idea.

Advertisements
This entry was posted in ramblings, tonsil. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s