Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Komen

Aktiviti Pecah Perut

My hari raya begins on Saturday kerana saya sudah selesai menunaikan ibadah puasa sunat Syawal. Alhamdulillah kerana diberi kesihatan dan kesempatan untuk merasa nikmat puasa sunat. Alhamdulillah juga kerana sebaik selesai puasa berduyun-duyun jemputan rumah terbuka. Tak sangka pula we would be marking our calendar with strings of jemputan. On saturday and sunday ada dekat 8 jemputan kebanyakannya daripada jiran setaman dan bakinya my friend and hubby’s friend. Jadi, saya gantung apron dan kuali tak masuk dapur langsung last weekend! Sangat jarang dapat goyang kaki ticking list open house je :-). Tapi sebenarnya kami tak mampu pun nak penuhi kesemua 8 jemputan tu. Dapat pergi 4 buah rumah dalam masa 2 hari pun dah rasa macam nak pecah perut.

Kalau kesemua 8 rumah di redah rasanya bukan setakat pecah perut, terburai dan tercabut lutut sekali agaknya. Yelah, kalau jemputan sekitar satu taman pun bukan sebelah rumah, inikan pula jemputan yang merentasi sempadan negeri. Hujan yang turun mencurah setiap petang becomes a blessing, meredakan sedikit kehangatan sebab kebanyakan open house bermula tengahari. Saya kan sensitif dengan cuaca panas, mulalah migrain nanti. Oh ya, selepas 2 hari tawaf open house, berat saya sudah naik 1 kg masa saya naik atas scale pagi tadi. I told you!

Bagi yang akan meneruskan aktiviti pecah perut weekend ini, berhati-hati di jalan raya ye, sebab jalan semua sibuk dan sesak dek orang berpusu-pusu mengejar open house. Waktu-waktu peak yang perlu dijauhi adalah jam 4 petang ke atas kerana orang baru selesai menghadiri open house shift tengahari. Seterusnya selepas waktu maghrib hingga jam 9 malam sebab orang mengejar open house shift malam. Hahaha. Dalam sibuk ber open house jangan lupa solat (peringatan untuk diri sendiri juga). 🙂

Posted in ramblings, raya | Tinggalkan komen

Anak Rusa Nani

comelnya anak rusa ni siap bulu mata lentik lagi. agak-agak kalau semua lembu, kambing, ayam semua secomel ini, ada tak orang yang sampai hati nak sembelih ambil dagingnya buat lauk? tak kan? mesti orang simpan buat pet!heheh… agak-agaklah kan kenapa rusa ni Allah swt jadikan dia kecil molek je? mesti ada sebabnya kan, macam durian kenapa kulitnya tebal dan berduri itu sebab to protect isinya. dah lah pokoknya tinggi, kalau kulit nipis sure jatuh gedebuk ke tanah hancur jadinya. so agak-agak rusa ni kenapa kecil molek? kalau malas nak kaji saya nak guna jawapan mudah… because big things comes in small packages!

Bulan puasa lepas adalah sorang my colleague yang baik hati ni bagi saya satu beg kertas sederhana besar. Di dalamnya ada satu bekas rendang ayam dan satu bekas lagi rendang rusa. Terkejut sekejap saya sebab seumur hidup tak pernah makan daging rusa apatah lagi yang di rendang. Tak sangka daging rusa boleh dibuat rendang. Kecur liur saya dibuatnya, tak sabar nak merasa, tapi kena sabar juga lah sebab puasa kan.

Nak jadi cerita, petang itu saya terpaksa berbuka di office je sebab meeting meleret-leret. Walaupun berbuka secara berjemaah petang itu kami dihidangkan nasi briyani JM tapi tidak mengujakan saya berbanding gejolak hati nak merasa rendang daging rusa tadi. Lepas berbuka, kalau nak ikutkan boleh aja saya masuk bilik buka bekas dan ratah rendang. Tapi saya tak mau lah makan dulu sorang-sorang, nak tunjuk dan bagi hubby cuba dulu. Jam di tangan menunjukkan sudah 5 minit melewati pukul 8.00 malam. Apalagi terus saya merempit balik rumah sebab takut tak sempat nak catch hubby di rumah sebab dia mesti dah bersiap nak ke surau untuk solat isyak dan terawih. Sambil driving saya text dia bagitau pasal rendang. Mujur jalan dah tak sesak teruk, sempat saya sampai rumah just nice before he went out ke surau. Cepat-cepat saya buka bekas dan bagi dia rasa dulu dan saya sendiri pun barulah dapat merasa. Ya Allah nikmatnya penantian itu kerana rendang daging rusa ternyata sedap dan lembut sangat menepati gambaran saya.

Sekarang, saya rasa teringin benar nak makan daging rusa lagi. Tapi kat mana nak cari ye? Nak tanya pada my colleague tu seganlah pulak, takut nanti dia bersusah payah lagi suruh wife dia masak. Nak minta resipi pun malu. Saya dengar dari orang harganya RM35 sekilogram. Aduhhh mahalnya, lebih mahal daripada australian lamb yang saya beli di pasar tempohari, RM17-RM22 sekilogram (masa tu saya bantai beli dekat 4kg lebih buat kari for my ipar duai). Heyyy what am i doing comparing lamb with venison? Dah tentulah rusa lebih mahal sebab susah nak dapat, bukannya diternak secara besar-besaran pun. Tak kisahlah, saya nak juga daging rusa mentah, tau lah saya apa nak dibuat nanti.

Posted in ramblings | Tinggalkan komen

Kari Laksa Seafood

Semalam pergi menjelajah ke blog orang, singgah lagi ke blog hana. Tengok gambar kari laksa lemak yang dibuatnya terus terliur. Tambahan pulak memang sejak minggu lepas saya rasa teringin nak makan mee kari tapi disebabkan minggu lepas dah buat mee bandung untuk berbuka puasa jadi saya batalkan niat. Takkan lah selang sehari nak makan mee kuning kan? Mana boleh makan selalu, not healthy.

Jadi malam tadi saya pun siapkan lah kuah kari laksa untuk dimakan masa berbuka petang tadi. Hubby pun ikut sama berpuasa 6 jadi memang sesuai benarlah saya jamu hidangan yang istimewa sikit. Kalau setakat saya sorang berbuka makan apa saja yang ada.

Resipinya hampir serupa dengan laksa lemak yang pernah saya buat dulu. Cuma resipi hana menggunakan serbuk kari, maka jadilah ia kari laksa. Saya cuma buat separuh adunan sebab nak makan 3 orang saja, membazir pulak kalau berlebihan nanti. Sabtu lepas saya ada beli udang besar di cold storage. Asalnya tak tahu nak masak apa tapi akhirnya masuk ke dalam kuah kari laksa. Urghhh memang marvelous kari laksa ni dengan udang besar yang manis je isinya.
Udang dah dominate mangkuk sampai tak nampak mee. Fahmi makan bertambah-tambah sungguhpun sedikit pedas for his taste tapi sedap katanya. Kalau tak gemar mee kuning boleh ganti dengan bihun.

Posted in mee, seafood | Tinggalkan komen

Kena Serang

Rumah kami kena serang semalam. Bukanlah serangan bom atau mercun raya. A friendly attack oleh jiran-jiran setaman merangkap hubby’s friends yang datang beraya with their families. All together adalah 3 families with 6 young children dan 4 orang male adults yang datang solo. Tak sangka juga akan terima kunjungan tetamu raya kali ini sebab kami tak sampai setahun pun lagi duduk sini, tak ramai kawan lagi (atau cuma saya saja yang tak sempat berkawan). Barangkali sebab hubby aktif berpersatuan dan cycling, jadi ramailah kawan. Tok Penghulu @ Pengerusi persatuan penduduk pun ada. Yang datang semalam pun adalah geng-geng cycling hardcore hubby juga. Secara tak langsung the wives become my acquantaince lah jugak sebab dah beberapa berjumpa through our hubbies activities and ada antara mereka yang hantar anak ke kindy yang sama dengan yaya.

Kalut juga semalam sebab kami tak prepare food pun. Ingatkan cuma 1-2 families aja, jadi saya suruh kakak goreng jejari keledek dan rendam bihun 1/2 peket sementara saya, hubby dan anak-anak keluar lepak di MPH. Masa on the way balik barulah kami dapat tahu yang nak datang nanti more than 2 families. Kelam kabut saya sampai je rumah campak tudung, terus masuk dapur rendam baki bihun dan siapkan rencah. Yaya saya arahkan dia menyapu laman rumah yang dia sendiri kotorkan with habuk biskut raya. Hubby pulak siapkan minuman – lemonade minuman istimewa yang kena perah sendiri okay. Sementara kakak sambung goreng nugget ayam guna dapur di luar rumah sebab nak kurangkan sesak di dapur dalam rumah. Kencang pulak angin bertiup, lambat nugget tu nak masak. Tetamu dah sampai. Ya Allah kelam kelibut sungguh kami kat dapur macam lipas kudung. Hahaha rasa kelakar. Padan muka, siapa suruh keluar berjalan-jalan lenggang kangkung tadi?

Ajaibnya, bihun 1 peket yang saya goreng tu lebih daripada cukup untuk feed semua tetamu. Apa yang ajaibnya, memang kebiasaannya 1 peket cukup untuk hidangan 8-10 orang kan? Tetamu dewasa kami genap 10 orang jadi memang sedang eloklah tu. Siap ada berbaki, lepas tetamu balik terus kami anak beranak sambung dinner terus. Wallah, sungguhpun penat kelam kelibut tapi seronok. Kehadiran tetamu tu kan membawa rahmat.

Tapi tak sempatlah saya nak snap photos sebab tuan rumah pun tak menang tangan melayan tetamu. Nak freshen up pun tak sempat, dengan busuk masam memasak di dapur terus layan tetamu. Mujurlah rumah baru ni luas, bolehlah tetamu duduk berserakan. Itupun segan juga tuan rumah bila ada tetamu duduk bersila atas lantai, kami tak cukup sofa!

p/s: masa saya keluar bersalaman dengan tetamu, seorang kawan (lelaki) hubby kelihatan terkejut melihat saya, so obvious siap dengan mimik muka dan mata yang hampir terjojol padahal saya tidak berpakaian menjolok mata, sopan tau dengan tudung kepala. saya pun pelik, cantik sangatkah saya sampai dia tak sangka hubby beristeri cantik seperti saya? harap jangan muntah dengan statement perasan ni. rupa2nya dia beritahu hubby yang dia sangkakan kakak (our maid) yang terlebih dahulu keluar hidangkan air was hubby’s wife. jadi bila saya tiba-tiba keluar dengan pakaian yang lebih sesuai sebagai mem besar dengan ramah menyapa para isteri dia pun terkejutlah! mentang-mentanglah maid kami tu tak obvious sangat perawakan indonnya, sampai hati tau. dan mentang-mentanglah kulit saya agak gelap lebih kurang juga kulit maid, ada orang ingat maid kami tu is my sister! amboiii patut2 lah ye. adik saya haruslah vogue macam saya juga, yucks! saya takde adik perempuan ye.

Posted in ramblings, raya | Tinggalkan komen

Rendang Tok ku

Semenjak raya saya kurang makan lemang mahupun rendang. Tekak agak kurang teruja berbanding dulu-dulu, lemang dan rendang memang tak boleh dipisahkan dengan saya. Sekarang barulah saya rasa teringin. Semalam masa on the way ke rumah kakak sebab nak serahkan certain document dan sambil tu berbuka puasa kat rumah dia, saya singgah di subang perdana. Anda tahu kan from my past year entry, ada penjual lemang paling sedap di kawasan rumah lama saya tu.

Lemang SP yang diusahakan anak muda berusia lewat 30an ini pada saya adalah yang paling sedap pernah saya makan. Sungguhpun kalau anda ke sini rata-rata orang akan sebut nama lemang bonda, which is lemang yang jauh lebih terkenal tapi lemang SP jauh lebi sedap lagi. Pulut dia elok lembut dan melekat, cukup lemak malah terasa lemak santannya dan paling saya suka lemangnya ‘berkepala’. Semua ciri-ciri ini tiada pada lemang bonda. No offence ye, i’m just stating my preference kalau berminat sila telefon nombor yang tertera di atas. taukenya nama mior yang hendy tu pekerja dia which is obviously and indonesian.

lemang tu dimakan bersama rendang tok yang saya buat earlier. rendang tok saya berwarna cerah sebab bubuh serbuk kunyit. maid saya kata sedap, berbeza dengan rendang yang selalu saya buat. bukan maksud dia rendang saya before this tak sedap tapi rasanya tak sama. hehe tak mau kalah.

Posted in food, lauk pauk, meat | 5 Komen

Ini Bukan Kes Berat

ohhh tidak, ini bukan kes berat.
sehingga berakhirnya ramadhan belum sekali pun saya sentuh begitu detail tentang berat badan bukan? melainkan komen saya dalam entry sebelumnya bahawa berat badan saya sepanjang puasa masih kekal hingga kini iaitu selepas raya. saya tidak bercadang nak gebang pasal weight loss sebab saya rasa topik itu sangat tipikal sekali terutama sekali bila bulan puasa ramai yang ambil kesempatan nak turunkan berat badan. kerana bulan puasa yang lepas saya tak menjadikan weight loss sebagai satu target. kerana saya sudah pun mencapai ideal weight dan bmi yang normal sejak lama dulu. kalaupun badan saya naik sedikit saya tak perlu tunggu bulan puasa baru nak watch my diet because i’ve been watching my diet ever since.

tetapi bila 2-3 orang menegur badan saya makin kurus saya tak dapat elak daripada bercakap pasal weight saya sekarang. dua hari lepas i was at the site attending a meeting. a collegue commented betapa semakin kurus saya. dia bukan orang pertama yang berkata demikian, sudah 2-3 orang. tempohari kakak ipar pun tegur, katanya bukan badan saya saja kurus tapi muka juga nampak cengkung. jawapan saya mudah, ini cuma kesan sementara daripada berpuasa tempohari. normal, tidak ada yang abnormal. terus terang saya sebenarnya tidak menjangka berat badan boleh turun lagi melebihi 54kg (berat ideal di luar bulan puasa). memang sepanjang 2-3 minggu berpuasa berat badan saya masih kekal 54kg, tidak turun atau naik walau sedikit pun. saya juga realised memang tak akan dapat turun lagi dah melainkan i starve myself to death but why would i do that when i’ve already gain my ideal weight? i know i’d look gaunt kalau saya turun berat badan lagi, seperti sekarang. jadi dah lama saya cakap kat diri sendiri lupakanlah berat badan zaman anak dara dulu which was 48-50kg, jadi jerangkung dalam almari nanti atau roti naan leper. tak best leper2 ni, takde bentuk, biar berbukit-bukit dan berlekuk.

ok, walaupun saya cakap berat saya susah nak turun lagi, tanpa disangka-sangka towards di end of puasa berat saya turun juga 2kg! eleh baru 2kg dah rasa amazing, apalah sangat. rasanya bukanlah lemak sebab dah takde lemak, air je kot yang hilang. owh tapi bagi saya ianya memang sangat amazing sebab kesannya begitu ketara. seluar jeans saya yang kalau dulu rasa sedap-sedap muat sekarang a bit loose tapi tidak roomy, baju raya saya tahun lepasagak roomy padahal tahun lepas saya juga lost weight. maknanya raya kali ini saya lebih kurus berbanding tahun lepas? hmmm somehow saya tak rasa begitu. 2kg tak makes much different dulu or sekarang sebab puasa tahun lepas berat badan saya 52kg juga. saya rasa its the inches loss yang menyebabkan baju-baju saya longgar lebih sedikit berbanding dulu.

tapi percayalah cakap saya, sebaik saya habis puasa ganti dan puasa sunat 6 nanti, bila saya mula pergi open house (err baru 1 jemputan haha) or bila rutin makan kembali seperti biasa, rasanya by october nanti that 2kg loss will become 2kg gain! buat sementara waktu ni bolehlah saya rasa happy? happy ke dengan tulang bahu dan tulang pelvis terjojol sedikit (lawa sangat lah tu. mungkin shoulder blade yang visible boleh buat saya bangga giler?! jeles sama itu angelina jolie! tapi tidaklah terjojol macam miss jolie punya – sampai boleh buat tadah air kat situ hihihi.

tapi ada satu perkara yang buat saya sedikit risau. baju raya saya. ye, kalau berat badan saya masa raya tahun ini adalah sama dengan raya tahun lepas, kenapa baju raya saya tahun ini agak elok melekap di badan berbanding baju raya tahun lepas yang dah a bit roomy itu? saya risau sebab kalau sekarang ni pun baju raya tu dah agak melekap elok terletak di badan, nanti bila saya gain semula 2kg tu agak2 jadi macam incredible hulk tak? ni yang saya musykil nih.

Posted in ramblings | Tinggalkan komen